Pasti ramai para lelaki di luar sana yang ingin tahu takrifan sebenar lelaki maskulin pada pandangan seorang wanita. Menerusi edisi lelaki bulan ini, empat jelitawan iaitu Dolly, Meriah, Shida dan Lin berkesempatan mengupas definisi lelaki maskulin dari kaca mata mereka.

Jelas Pegawai Pemasaran, Dolliah Shahmat atau Dolly lelaki maskulin dikategorikan sebagai seorang lelaki yang menitikberatkan penampilan mereka agar sentiasa tampak bergaya. Baginya, kacak dan bergaya semata-mata tidak memadai kerana lelaki juga perlu mementingkan kesihatan dan kebersihan diri. Itu paling penting!

Berbeza pula dengan Pemilik Ombak Creative & Casa Ombak Kuala Lumpur, Shamsida Omar yang beranggapan lelaki berkerjaya seperti ahli perniagaan, ahli korporat dan seumpamanya adalah contoh terbaik bagi menggambarkan personaliti lelaki maskulin. Ujarnya, golongan lelaki ini sangat ‘lelaki’ kerana kelihatan kemas, matang serta berkarisma dalam penampilan tersendiri yang sangat hebat! Mereka juga lazimnya lebih gemar menyentuh perkara yang berfaedah ketika berkomunikasi selain lebih berilmu.

Jika dahulu kecantikan sering dikaitkan dengan wanita, namun kini lelaki juga turut menganggap soal kecantikan adalah suatu keperluan buat mereka. Justeru, bagi mengekalkan kecantikan seorang jejaka Meriah Shahmat menitipkan kaum lelaki agar menjaga penampilan diri seiring arus permodenan namun tidak keterlaluan. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri, faktor tersebut juga menyerlahkan lagi ketampanan mereka di khalayak umum.

Ketahui lebih terperinci mengenai kupasan isu berkaitan lelaki dan siapakah personaliti terkenal yang dikategorikan sebagai lelaki maskulin dari kaca mata empat wanita ini dalam Nona Edisi Lelaki November 2013.