Monday, December 28, 2015

SAMBUNGAN LELAKI METROSEKSUAL

JOM LIHAT LAGI SAMBUNGAN LELAKI METROSEKSUAL...

1. Teman membeli-belah – Sering kelihatan di kawasan beli-belah dengan wanita sibuk berbelanja sakan dalam premis manakala pasangan mereka pula setia menunggu di luar. Bukan semua lelaki boleh melayan kerenah anda tatkala cerewet memilih barangan sehingga berjam lamanya.
Lain pula halnya jika kekasih kamu itu dalam kalangan lelaki metroseksual. Mereka tidak kisah untuk menunggu, malah sanggup menemani serta memberi pandangan mengenai pilihan anda.
2. ‘Dua jam untuk bersiap? – Mereka tidak pernah merungut jika anda bersiap dalam masa lama hanya untuk makan malam di kedai mamak berhampiran. Mereka juga apa kurangnya tatkala menghias rambut supaya sentiasa kelihatan kemas ketika bersama kamu.
3. Penyuntik semangat peribadi – Sanggupkah kamu untuk mempunyai kekasih yang jauh lebih kemas dan sihat tubuh badannya daripada diri kamu sendiri? Dengan dia di sisi, kamu akan cuba sehabis baik untuk tampil seiring dengan si dia.
Secara tidak langsung, ia dapat membakar semangat kamu untuk jadi lebih baik dengan mengawal pemakanan seharian, bersenam untuk tubuh badan yang lebih menarik serta tampil dengan gaya yang sedap mata memandang.
4. Lebih banyak persamaan – Kebiasaannya, lelaki metroseksual gemar perkara yang berkaitan dengan seni, muzik dan fesyen. Dia boleh menjadi teman baik kamu untuk melakukan hobi kalian bersama. Tiada lagi keluhan dan rasa tidak puas hati sebelah pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan lokasi bertemu janji.
5. Wangi – Sesetengah lelaki memandang enteng perihal kebersihan serta penampilan diri dan ini yang menjadikan perasaan kurang senang bersarang dalam hati pasangan mereka. Sebagai contoh, bau badan yang ketara tanpa palitan wangian benar-benar mengganggu fokus ketika ‘dating’.
Tetapi jika berdamping dengan kekasih metroseksual, kamu anda seakan sentiasa mahu mendakapnya dengan wangian yang begitu menyenangkan justeru membangkitkan rasa selesa.
Jadi, tak salahkan lelaki mementingkan kecantikan..

Ciri-Ciri Metroseksual

LELAKI METROSEKSUAL...

Saya selalu ditanya dan di perli oleh rakan-rakan saya tentang lelaki lembut yang selalu menjaga pakaian dan penjagaan kulit...Mereka selalu menganggap saya adalah lelaki lembut tetapi bagi saya pendapat mereka semua adalah salah...Saya menjaga diri saya dan penampilan saya kerana saya adalah seorang lelaki metroseksual...Metroseksual bukanlah lelaki yang gay ataupun sotong..tetapi lelaki metroseksual adalah lelaki yang menjaga keterampilan dan penjagaan diri seperti penjagaan rambut,kulit,pakaian dan sebagainya..Mari kita lihat ciri-ciri lelaki metroseksual.

1. Apa yang dimaksudkan dengan jejaka Metroseksual secara ilmiahnya?
Istilah Metroseksual ini telah diambil daripada perkataan Yunani iaitu `Metropolis’ bermaksud `ibu kota’ dan digabungkan dengan perkataan `seksual’.

Istilah Metroseksual begitu unik hingga telah dipilih sebagai Word of the year 2003 oleh American Dialect Society. Terdapat lebih daripada 70 definasi yang memberikan interpretasi makna Metroseksual. Tetapi secara ringkasnya lelaki Metroseksual adalah lelaki yang sangat mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Segala harus hanya yang terbaik untuk dirinya. Beliau dilihat begitu mengambil berat dan menyayangi dirinya sendiri, juga menyenangi gaya hidup urban.

2. Mengapa wujudnya gelaran jejaka Metroseksual?
Gelaran Metroseksual wujud bagi mewakili lelaki urban yang baru lahir dalam masyarakat kita. Kecenderungan kaum lelaki untuk lebih berketrampilan dari aspek gaya, tubuh badan yang sempurna kini telah dianggap perkara normal berbanding dengan tiga dekad dahulu sehinggakan ia dirasakan perlu diberikan gelaran ataupun istilah oleh para ilmuan.

3. Apa bezanya antara Metroseksual dengan jejaka lain contohnya yang lebih berpenampilan konvensional?
Contoh perbezaan yang paling ketara adalah dari segi mereka membelanjakan wang:
-lelaki lain mungkin lebih gemar untuk membeli alat kelengkapan hiburan rumah, kereta mahupun barangan elektronik sebaliknya lelaki Metroseksual lebih suka menghabiskan masa di butik-butik pakaian dan aksesori, salon kecantikan yang secara konvensionalnya adalah tempat disukai oleh kaum wanita.

4. Ciri-ciri jejaka Metroseksual?
Berketrampilan hebat daripada pelbagai aspek terutamanya gaya dan peribadi diri.

5. Peringkat usia jejaka Metroseksual?
Tidak terbatas pada mana-mana usia

6. Bila agaknya budaya jejaka metroseksual ini bermula? (Di Malaysia atau di peringkat global)
Istilah Metroseksual ini dikatakan muncul pertama kalinya pada tahun 1994. Ia diperkenalkan oleh Mark Simpson, yang merupakan antara penulis berkaitan dunia fesyen. lelaki Metroseksual digambarkan olehnya sebagai mereka yang datangnya daripada kelompok ataupun golongan anak muda yang tinggal di kota metropolitan; menjawat jawatan tinggi; mewah; mencintai diri sendiri; serta amat meminati fesyen, perawatan wajah serta tubuh badan. Wajah dirias rapi serta disapu bedak asas lengkap dengan lip gloss. Mereka ini punyai kulit putih, mulus dan lembut hasil daripada penjagaan rapi daripada produk kecantikan jenama mewah. Mungkin kecenderungan lelaki Metroseksual ini tampil sebegini, adalah kerana ekoran desakan kehidupan kontemporari yang saban hari sentiasa ada perubahan dan pembaharuan dalam tren fesyen, produk kecantikan dan teknik rawatan teknologi terkini.

7. Metroseksual sering dikaitkan dengan barangan atau pakaian berjenama, mengapa ini terjadi?
Kerana lelaki Metroseksual yang selalunya terdiri daripada golongan profesional muda ini, begitu menggemari serta mampu untuk memiliki produk ataupun pakaian (busana) berkualiti dan berprestij yang selalunya hasil rekaan pereka-pereka hebat antarabangsa. Pertambahan golongan profesional muda yang berpendapatan tinggi ini juga telah menyebabkan syarikat-syarikat pengeluaran, berlumba-lumba bersaing untuk mengeluarkan produk berjenama yang memenuhi citarasa golongan ini.


8. Pakaian yang sering dipakai jejaka metroseksual?
Tentunya aksesori dan pakaian yang berjenama tren terkini. Selalunya mereka menjadikan gaya idola mereka seperti David Beckham, Jude Law sebagai panduan dan ikutan.

9. Di Malaysia Metroseksual sering dikaitkan dengan Homoseksual, berbeza sekali di bandar besar seperti New York, Tokyo, Paris, Rome atau London. Adakah hal ini benar? Huraikan
Isu ini adalah amat subjektif dan terpulang kepada setiap daripada kita untuk mendefinasikannya. Ia bergantung kepada latar belakang dan sosio budaya masayarakat setempat. Cuma saya rasa kita perlu menghormati hak orang lain untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri mereka tanpa ada rasa prasangka dan iri hati.

Perlu diingat perubahan gaya hidup Metroseksual ini bukan secara anatomi tetapi menerusi sikap dan perilaku. Tetapi jangan salah anggap, Metroseksual bukanlah kecenderungan seksual seseorang. Ianya hanyalah usaha luar sedar seseorang lelaki untuk menempatkan dirinya sebagai objek yang perlu diberikan layanan hanya yang terbaik.

10. Mengapa ada jejaka yang terlalu mementingkan penampilan/ kecantikan diri?
Itu semua adalah hak individu. Jika berkemampuan saya rasa tidak salah untuk mereka cuba memperbaiki penampilan diri agar lebih berkeyakinan dan dapat menyerlahkan lagi keperibadian mereka

11. Bagaimana pesatnya kehadiran jejaka Metroseksual di negara ini?
Saya yakin ramai jejaka urban Metroseksual di Malaysia yang sudah lama bersembunyi, kini sudah mula keluar daripada kepompong mereka sealiran dengan perkembangan tren kontemporari. Pertambahan golongan profesional muda juga mempercepatkan lagi pengaruh tren ataupun fenomena baru ini.

Pengaruh iklan dalam media cetak atau elektronik yang menampilkan pakaian , kacamata, kereta dan sebagainya yang selalunya menampilkan model-model lelaki yang bercirikan lelaki metroseksual, sememangnya dapat menarik perhatian sesiapa yang melihat.

12. Nasihat anda kepada jejaka Metroseksual di negara ini?
Jangan kita hanya terlalu mementingkan sesuatu yang bersifat permukaan hingga terlupa memperbaiki apa yang bersifat dalaman. Meminjam kata-kata seorang sahabat saya “Tidak semua yang berkilauan itu emas”. Mungkin agak puitiskan? Fikir-fikirkanlah

13. Nasihat anda kepada jejaka Metroseksual dalam soal membeli-belah, berpakaian dan penjagaan kecantikan diri?
Walaupun tiada manual undang-undang yang perlu dipelajari oleh jejaka Metroseksual, tetapi
apa yang pasti kita jangan terlalu mengikut arus tanpa berfikir terlebih dahulu tentang apa sebenar yang kita inginkan.

Monday, December 14, 2015

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)
BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
  2. UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
  3. UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
  4. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  5. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....

Wednesday, December 9, 2015

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...
                                                         PADA PAGI TADI DI KOLEJ

                                                           COMEL SENYUMAN 2...