Awal Ashaari
Awal Ashaari merupakan salah seorang
artis lelaki yang mementingkan penampilan diri. Lihat sahaja pada style
yang ditampilkan olehnya. Sentiasa kelihatan kemas, segak dan kelihatan
macho setiap masa. Ini membuktikan bahawa Awal seorang lelaki yang
bersifat metroseksual dan amat teliti dengan setiap gaya harian yang
ingin ditampilkan.
Anuar Zain
Anuar Zain turut merupakan salah seorang
artis lelaki yang bersifat metroseksual. Lihat sahaja wajahnya yang
sentiasa kelihatan muda dan kacak dari dahulu sehingga kini. Ini
membuktikan bahawa Anuar Zain seorang yang amat pentingkan penjagaan
wajah agar wajahnya sentiasa kelihatan awet muda.
Iqram Dinzly
Iqram Dinzly turut tersenarai dalam
golongan artis lelaki bersifat metroseksual. Lihat sahaja makanan
tambahan yang diambil oleh Iqram ini, begitu banyak makanan kesihatan
tambahan yang diamalkan oleh Iqram bagi mengekalkan wajah dan bentuk
badan maskulinnya.
Fahrin Ahmad
Fahrin Ahmad tidak terkecuali untuk
disenaraikan sebagai artis lelaki metroseksual. Ini kerana, Fahrin
merupakan salah seorang artis lelaki yang mementingkan susuk badan yang
tegap dan sasa. Lihat sahaja bentuk tubuhnya yang tegap ini, pasti mampu
memikat hati para peminat wanitanya.
Bagi para wanita diluar sana, adakah
anda meminati lelaki bersifat metroseksual? Mungkin ada yang minat dan
mungkin ada juga sebaliknya. Akan tetapi, tidak salah untuk golongan
lelaki mementingkan penampilan dan kecantikan wajah. Segalanya terpulang
pada kemampuan individu itu sendiri.